Saturday, 14 January 2012

Di Persimpangan

Antara cinta dengan buku,
Yang mana satu akan ku pilih,
Yang mana akan ku sisih,

Antara cinta dengan buku,
Kedua-duanya dihatiku,
Kedua-duanya impianku,

Antara cinta dengan buku,
yang mana satu akan menjadi milikku,
Ahh!!...fikiranku buntu,

Cinta...
Mengapa kau hadir dalam hidupku masa kini?
Mengapa kau mendugaku ketika ini?

Buku...
Aku amat memerlukan dirimu,
Tanpa buku,
Aku tidak mungkin berjaya.

Bagaimana pula dengan cinta?,
Ia datang tanpa ku duga,
Takkan aku mampu meghalangnya,
Oh tuhan...tolonglah aku,
Berikan aku kekuatan,
Untuk membuat keputusan demi masa depan.

Hatiku menghasut,  pilihlah cinta
Akalku berkata, buku yang utama....... 




cinta dan ilmu adalah lumrah

tanpa nya kita hanyut
tanpa nya kita pasrah

tanpa ilmu tidak indahlah cinta
dibisiknya syaitan durjana
ditentangnya larangan yang maha kuasa
lemaslah hamba di pentas dunia

dimana datangnya ilmu
kalau bukan cinta?
cinta pada rukun
jalan ke syurga
cinta yang halal
menjamin kebahagiaan

masih mahu memilih?
oh tidak...
tidakku bahagia tanpa cinta
tiada ilmu tak mampu ku berjaya
hanya berserah pada yang kuasa
agar coretan hidup dirahmati-Nya